Showing posts with label Family Retreat. Show all posts
Showing posts with label Family Retreat. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

Sentosa Island (Singapore)

Masuk hari ke 3 di Singapore sudah terasa kepuasan walaupun blom 100%. Today last day kalau nak ronda2 pun. Plan asal kalau ikutkan budak2 semua nak repeat ke USS hehe. Ooh tidak! Pulau Sentosa pun blom diterokai lagi. Ok jom tengok map kat bawah...



Mak aii, besarkan, habis ker nak buat semua dalam sehari? Terpaksalah kita orang anak beranak buat mesyuarat tergempar sidang meja makan. Keputusan meeting serampang 10 mata sebulat suara sorang boleh pilih 1 aktiviti je so 5 aktivitilah kita orang akan buat ye tak.

Ehh comercial break jap. Sedikit latar belakang Pulau Sentosa ni terbahagi kepada 4 bahagian - Utara (Resort World) di mana hotel kami, Selatan - Siloso Beach (Beach Station), Barat - Siloso Point & Timur - Pahlawan Beach. Kalau nak ronda2 anda ada beberapa pilihan samada nak naik bas, cable car, tram, mau pun basikal dan yang fit tu nak berjalan pun tarak hal punya janji larat. Paling best semua pengangkutan awam kat pulau ni adalah percuma!

Dari hotel kita orang menaiki monorel ke Beach Station.  Kat sini terletaknya beberapa lokasi menarik seperti Go Green @ Adventure park, Pentas "Song of the Sea" di mana pada waktu malam ada pertunjukan bunga api, pantai yang luas...ehh boleh mandi ke? tepuk dada tanya selera. Tempat nie juga merupakan hub dan cetre point untuk menaiki bas & tram. Kami plan nak naik tram sambil merasai  angin sepoi2 bahasa menghembuskan udara segar ke muka - pergh syahdu sungguh rasanya :)



Tempat tujuan kita orang ialah ke Silosa Point (blah barat). kat tepi2 jalan tu banyak kedai makan ala2 beach cafe, kedai souvenir dan macam2. Perjalanan tak jauh dalam 10-15 minit je. Tram ni macam naik lrt jugaklah semua bus stop dia berhenti so senang anytime kita boleh hop in. Kat Siloso Point nie kira cam bukit Melawati jugaklah kat Kuala Selangor, since aku malas nak hicking so kita orang jenjalan kat tepi pantai jelah. Memandangkan hari tu bukan cuti umum so boleh dikira dgn jari pelancong yang ada di sana.



Dalam jalan2 tu sempatlah jugak singgah kedai beli T-shirt buat kenang-kenangan. Tetiba ternampak lak kedai New Zealand Ice Cream, cuaca pulak tengak panas terik, apa lagi......



Ehh, terliur ke? hehehe . Ok next kita orang pergi ke Sky Luge. Kalau kat Malaysia kita panggil Go kart. Tapi kena naik cable car ke atas bukit sebab starting point dari atas bukit turun ke bawah... cable car yang nie kena bayarlah. Masalahnya cable car ni lebih cam kita naik buaian! aduhai - tetiba perasaan fear factor datang menyerang. Tinggi beb! mau kurang2 100 meter kat atas korang bergayut. First thing aku tanya dan bisik kat brader jaga cable car tu..."Pistt bang, berapa max berat boleh tampung?" selamba je dia jawab "jangan bimbang bang anak gajah pun boleh naik!" - siut je mamat tu. kah kah kah :p





Amacam. tinggi tak? Sekarang baru korang tau perasaan aku kan. Tips - sebaik2nya kalau nak naik cable car nie jangan pakai selipar! Kalau nak tau gambar kat atas tu hanya satu gambar je aku yang ambik yang lain anak aku si - Nuramelynn yang snap. Aku buat apa? Pegang slipar "buaya" (crocs) aku daa tajut jatuh beb. kalau jatuh slipar jawab nangis "with out a song lah". Sampai kat atas budak2 semua excited pasang gear nak naik luge, masalahnya aku hanya beli tiket luge untuk anak2 aku je, plannya aku dan bini aku beli return tiket naik cable car nie turun balik ke bawah. Aduhai nak naik balik ke? Tak sanggup aku. Bini aku suggest turun jalan kaki....hehe lagilah aku tak sanggup! Nasib baiklah rupanya ada bas turun balik ke Beach Station! Legaaaa. So kita orang pesan kat bdk2 pandai2 jaga diri nanti jumpa kat bawah.. papa dan mama nak jenjalan - dating! - cewah.



Satu yang aku perasan semua ride baik di USS dan di Pulau Sentosa nie mereka tak benarkan ambik gambar! dah beberapa kali dah aku kena sound. Mereka akan ambikkan tapi kena bayarlah antara $10 - $20..Cis Badigol btol. So memandangkan aku tak naik luge sebab naik bas so aku tak sempat nak beli gambar yang  anak2 aku naik go kart nie - sorry ye Amri, Elynn & Caja :)

Next kita orang naik Go Green @ Adventure pulak . kalau nak tau kenderaan  nie dipanggil Segway, ada 2 roda je. Nak kata basikal bukan, bugey pun bukan korang tengoklah gambar kat bawah tu - nampak senangkan tapi tak semudah yang di sangka, terutama trick nya kena pandai balancing! Aku nie err paham2 jerlah bab balance membalence nie FAIL! nasib baiklah mereka ada bagi tutorial percuma cara nak control. Very unsangkarable anak bongsu aku si Syazwann tu lagi expert dari kami semua. Umpama kata kartun Boboiboy - Terbaikkks!



Lepas dah rondevous dengan anak2 kami pun cari tempat nak "ngap sayot". Pastikan korang chek dalam map mana lokasi tempat makan yang halal. Tak silap ada dalam 4-5 lokasi tampat makan yang halal je dalam Pulau Sentosa ni. Lepas makan kita orang plan nak ke Imbiah Lookout terletak di tengah2 Pulau Sentosa nie. Since penat kita orang naik bas jelah.



Kat Imbiah Lookout nie ada menara cam KL Tower nak lihat seluruh pulau atau pun lihat tanah besar. Ada butterfly park & Insect Kingdom & juga Sentosa 4D Magic iaitu matlamat kami. Ada 2 ride yang kita orang nak cuba, Desperado - kira kita jadi cowboylah naik kuda tembak penjahat (yang nie anak2 aku je yg naik) & Extreme Log Ride - cerita macam mana dari mula balak tu ditebang diprocess sehingga jadi kayu. Penting - Perempuan mengandung dilarang menaikinya.





Jam di tangan menunjukkan dah hampir lewat petang. So kita orang mula beransur turun dari lookout point nie menuju ke station monorel berhampiran untuk balik ke hotel.



Korang nampak tak kepala singa dalam background 2 gambar di atas? Yang tu dipanggil Merlion tower. Singkatan untuk Mermaid + Lion. Tak sure pulak kenapa ianya dipanggil begitu mesti ada cerita di sebaliknya. Orang kata kat Maritime Museum yang baru di buka ada cerita pasa tu, so esok kita orang cadang nak usha ke musium tu. Nak tau lebih lanjut kena tunggu my next post ye.

Friday, April 20, 2012

Kenangan di USS (Singapore) Day 2 - The Adventure

Bangun je pagi2 dah rasa tak sabar nak pergi ke USS tapi apa2 hal pun kenalah bersiap dan breakfast dulu yer tak. Hmm kali ni kita orang singgah ke coffee house pulaklah tak kan nak makan maggi lagi kot. Lagi pun banyak MSG tak baik untuk kesihatan - cewah!



Tepat jam 9:30am kita orang pun dah otw ke entrance USS, nasib baik hotel kita orang sekangkang orang utan je ke USS so takderlah terkocoh kocoh sangat tapi yang risaunya takut ramai orang. Sah! hari tu yang kebetulannya cuti umum di Malaysia. so kiri kanan nampak muka orang kita jelah kat mana2. Tips: Mula2 plan nak bawa bekal makanan ke minumam  seludup masuk dalam bag pack tapi takut laks kena check so kita cancellah niat murni tu tapi rupanya mereka tak check pun isk isk... kita orang tengok bila kat dalam ada yang bawak masuk bekalan nasi bungkus lagi aiks mana dapat? cam picnic laks hehe. Bila pertama kali menjejakkan kaki ke USS nie tetiba terasa lak cam Neil Armstrong 1st time pijak kaki ke bulan, Oopps nasib baik this time my wife tak nampak I tersengih sengih :p


Wow! macam masuk ke dunia lain pulak bila ke USS nie. Terasa muda rumaja laks :) Tips - pastikan korang plan apa aktiviti yang korang nak try dulu contoh kalau nak ke taman tema Transformer tengok dalam map lokasinya dan cepat2 terus ke sana, bukan apa takut "Q"nya panjang... So kita orang pun dah set nak ke sana tapi otw tu terjumpa pulak tempat buat film "Lights, Camera.. Action" pasal huricane hmm singah dululah kot...lagi pun takkan lari Bumble bee di kejar :)


briefing


setupnya tepi "pier"



ada angin, hujan...



api pun ada



dan kapal Titanic






Ooo macam tu rupanya cara mereka adakan speacial effects. Ok jom kita pergi ke Transformer the ride pula...berbeza dengan setting pembuatan film di atas, Transformer nie nanti lepas kita beratur dan lihat pelbagai artifak dan juga preview video (seolah olah kita sebahagian dalam movie) kita akan menaiki kenderaan khas ala ala naik roller coaster macam anak bongsu I si Syazwann cakap - Super cool!

Tapi AWAS - ride nie boleh membuatkan korang terasa pening lalat sikit lepas naik. Kalau yang ada hypertension tu jangan lupa makan ubat!





Memang marvelous - rugi sapa tak cuba. Lepas tu kita orang singgah sebentar ke tema the Mummy pulak. Tapi memandangkan tiada sebarang jenis rakaman boleh di buat so tak dapatlah nak kogsi gambar dengan korang. Nota: Semua bag, camera dll terpaksa di simpan dalam locker khas (kena sewa). Ehh baru teringat hanya ada satu je gambar yang sempat di ambil....
Nota kaki (footer)

Jadilah buat kenangan hehehe. ok jom ke tempat lain pulak, kali ini ke Waterworld. Haa korang dah tengok movie dia kan..so setting ni sejibik cam dalam movie cuma yang nie lebih ketengahkan aksi2 dan letup meletup. Tips: Set dia dalam mini stadium dan ada kolam air kat tengah..hmm korang pernah pergi Zoo tengok persembahan sea lionkan? haa camtulah. Ok pastikan sebelom korang pilih tempat duduk tengok dulu apa yg di tulis di atasnya ada kaler biru dan hijau..kalau tak silap yang kaler biru tu sapa yang duduk situ akan basah kuyup bila jet ski terhempas ke air. Tu yg trill tu yer dak :)



Next kita orang ke "Far far away" & "Madagascar". teringin nak nonton 4D cerita Shrek. Kalau 3D tu taulau nie 4D hmm nie yang musykil 8 saat nie. Oooo rupanya 4D tu kita dapat rasa...rasa apa? contoh kerusi kita duduk tu akan bergerak terhenjut henjut sama kalau dalam filem dia naik kereta kuda. Satu lagi kalau dalam difilem tu dia kena simbah air.... so korang taulah nasib korang kan hehehe. Bab madagascar nie lebih khusus kepada budak2lah. Kita naik boat ride masuk dalam kapal, pusing2 dalam tu dan lihat character si Alex dan rakan2nya close up & personal.





Ehh korang sure tertanyakan tak kan kita orang tak pergi Jurasic Park? actually lepas je ke Mummy kami singgah dulu ke sana tapi by the time dah ramai Q nya je dah 30 minit so kita orang pi lunch dulu. Then bila tengok balik Q dah 45 minit aduhai tensennya. So lepas kita orang pergi ke Far Far Away & Madagascar baru singgah ke sana nak tau berapa Q nya? 1:15 minit! Itu yang mereka announce by the time our turn naik boat ride (yes another boat ride) our actual time menunggu 2:30 minit. Morale of the story korang tau sendirilah kan :(

Tips naik ride Jurassic park yang paling penting korang kena standby dan beli dispossable baju hujan! no worries ada di jual kat entrance atau melalui kios masa tengah Q tu harganya $2. Kenapa kena beli? kalau tak nak beli pun takper tapi GERENTI sure lencun punya!

Lupa nak cakap USS ni tutup jam 7 malam so kalau ikutkan memang tak puas datang sehari so kalau nak repeat datang sorang $65 - $75 tapi berbaloi yang penting kalau plan nak habiskan dalam masa sehari rancang aktiviti anda. Terlalu banyak tempat2 menarik nak lawat, bergambar, naik ride & shopping ole ole. Rasanya mau 500++ gambar korang akan snap kat dalan sana so pastikan bateri camera dan memory kad anda mencukupi  hehe.





Harap2 our very own Lego Land boleh challenge USS nielah...Tapi for sure their propose rate untuk entrance sorang ke lego land tu tak munasabah langsung - RM250per entry for early bird!!!

Ok guys nantikan my next blog aktiviti kita orang ke Pulau Sentosa pulak ye...