Saturday, April 21, 2012

Sentosa Island (Singapore)

Masuk hari ke 3 di Singapore sudah terasa kepuasan walaupun blom 100%. Today last day kalau nak ronda2 pun. Plan asal kalau ikutkan budak2 semua nak repeat ke USS hehe. Ooh tidak! Pulau Sentosa pun blom diterokai lagi. Ok jom tengok map kat bawah...



Mak aii, besarkan, habis ker nak buat semua dalam sehari? Terpaksalah kita orang anak beranak buat mesyuarat tergempar sidang meja makan. Keputusan meeting serampang 10 mata sebulat suara sorang boleh pilih 1 aktiviti je so 5 aktivitilah kita orang akan buat ye tak.

Ehh comercial break jap. Sedikit latar belakang Pulau Sentosa ni terbahagi kepada 4 bahagian - Utara (Resort World) di mana hotel kami, Selatan - Siloso Beach (Beach Station), Barat - Siloso Point & Timur - Pahlawan Beach. Kalau nak ronda2 anda ada beberapa pilihan samada nak naik bas, cable car, tram, mau pun basikal dan yang fit tu nak berjalan pun tarak hal punya janji larat. Paling best semua pengangkutan awam kat pulau ni adalah percuma!

Dari hotel kita orang menaiki monorel ke Beach Station.  Kat sini terletaknya beberapa lokasi menarik seperti Go Green @ Adventure park, Pentas "Song of the Sea" di mana pada waktu malam ada pertunjukan bunga api, pantai yang luas...ehh boleh mandi ke? tepuk dada tanya selera. Tempat nie juga merupakan hub dan cetre point untuk menaiki bas & tram. Kami plan nak naik tram sambil merasai  angin sepoi2 bahasa menghembuskan udara segar ke muka - pergh syahdu sungguh rasanya :)



Tempat tujuan kita orang ialah ke Silosa Point (blah barat). kat tepi2 jalan tu banyak kedai makan ala2 beach cafe, kedai souvenir dan macam2. Perjalanan tak jauh dalam 10-15 minit je. Tram ni macam naik lrt jugaklah semua bus stop dia berhenti so senang anytime kita boleh hop in. Kat Siloso Point nie kira cam bukit Melawati jugaklah kat Kuala Selangor, since aku malas nak hicking so kita orang jenjalan kat tepi pantai jelah. Memandangkan hari tu bukan cuti umum so boleh dikira dgn jari pelancong yang ada di sana.



Dalam jalan2 tu sempatlah jugak singgah kedai beli T-shirt buat kenang-kenangan. Tetiba ternampak lak kedai New Zealand Ice Cream, cuaca pulak tengak panas terik, apa lagi......



Ehh, terliur ke? hehehe . Ok next kita orang pergi ke Sky Luge. Kalau kat Malaysia kita panggil Go kart. Tapi kena naik cable car ke atas bukit sebab starting point dari atas bukit turun ke bawah... cable car yang nie kena bayarlah. Masalahnya cable car ni lebih cam kita naik buaian! aduhai - tetiba perasaan fear factor datang menyerang. Tinggi beb! mau kurang2 100 meter kat atas korang bergayut. First thing aku tanya dan bisik kat brader jaga cable car tu..."Pistt bang, berapa max berat boleh tampung?" selamba je dia jawab "jangan bimbang bang anak gajah pun boleh naik!" - siut je mamat tu. kah kah kah :p





Amacam. tinggi tak? Sekarang baru korang tau perasaan aku kan. Tips - sebaik2nya kalau nak naik cable car nie jangan pakai selipar! Kalau nak tau gambar kat atas tu hanya satu gambar je aku yang ambik yang lain anak aku si - Nuramelynn yang snap. Aku buat apa? Pegang slipar "buaya" (crocs) aku daa tajut jatuh beb. kalau jatuh slipar jawab nangis "with out a song lah". Sampai kat atas budak2 semua excited pasang gear nak naik luge, masalahnya aku hanya beli tiket luge untuk anak2 aku je, plannya aku dan bini aku beli return tiket naik cable car nie turun balik ke bawah. Aduhai nak naik balik ke? Tak sanggup aku. Bini aku suggest turun jalan kaki....hehe lagilah aku tak sanggup! Nasib baiklah rupanya ada bas turun balik ke Beach Station! Legaaaa. So kita orang pesan kat bdk2 pandai2 jaga diri nanti jumpa kat bawah.. papa dan mama nak jenjalan - dating! - cewah.



Satu yang aku perasan semua ride baik di USS dan di Pulau Sentosa nie mereka tak benarkan ambik gambar! dah beberapa kali dah aku kena sound. Mereka akan ambikkan tapi kena bayarlah antara $10 - $20..Cis Badigol btol. So memandangkan aku tak naik luge sebab naik bas so aku tak sempat nak beli gambar yang  anak2 aku naik go kart nie - sorry ye Amri, Elynn & Caja :)

Next kita orang naik Go Green @ Adventure pulak . kalau nak tau kenderaan  nie dipanggil Segway, ada 2 roda je. Nak kata basikal bukan, bugey pun bukan korang tengoklah gambar kat bawah tu - nampak senangkan tapi tak semudah yang di sangka, terutama trick nya kena pandai balancing! Aku nie err paham2 jerlah bab balance membalence nie FAIL! nasib baiklah mereka ada bagi tutorial percuma cara nak control. Very unsangkarable anak bongsu aku si Syazwann tu lagi expert dari kami semua. Umpama kata kartun Boboiboy - Terbaikkks!



Lepas dah rondevous dengan anak2 kami pun cari tempat nak "ngap sayot". Pastikan korang chek dalam map mana lokasi tempat makan yang halal. Tak silap ada dalam 4-5 lokasi tampat makan yang halal je dalam Pulau Sentosa ni. Lepas makan kita orang plan nak ke Imbiah Lookout terletak di tengah2 Pulau Sentosa nie. Since penat kita orang naik bas jelah.



Kat Imbiah Lookout nie ada menara cam KL Tower nak lihat seluruh pulau atau pun lihat tanah besar. Ada butterfly park & Insect Kingdom & juga Sentosa 4D Magic iaitu matlamat kami. Ada 2 ride yang kita orang nak cuba, Desperado - kira kita jadi cowboylah naik kuda tembak penjahat (yang nie anak2 aku je yg naik) & Extreme Log Ride - cerita macam mana dari mula balak tu ditebang diprocess sehingga jadi kayu. Penting - Perempuan mengandung dilarang menaikinya.





Jam di tangan menunjukkan dah hampir lewat petang. So kita orang mula beransur turun dari lookout point nie menuju ke station monorel berhampiran untuk balik ke hotel.



Korang nampak tak kepala singa dalam background 2 gambar di atas? Yang tu dipanggil Merlion tower. Singkatan untuk Mermaid + Lion. Tak sure pulak kenapa ianya dipanggil begitu mesti ada cerita di sebaliknya. Orang kata kat Maritime Museum yang baru di buka ada cerita pasa tu, so esok kita orang cadang nak usha ke musium tu. Nak tau lebih lanjut kena tunggu my next post ye.

No comments:

Post a Comment