Tepat jam 9:30am kita orang pun dah otw ke entrance USS, nasib baik hotel kita orang sekangkang orang utan je ke USS so takderlah terkocoh kocoh sangat tapi yang risaunya takut ramai orang. Sah! hari tu yang kebetulannya cuti umum di Malaysia. so kiri kanan nampak muka orang kita jelah kat mana2. Tips: Mula2 plan nak bawa bekal makanan ke minumam seludup masuk dalam bag pack tapi takut laks kena check so kita cancellah niat murni tu tapi rupanya mereka tak check pun isk isk... kita orang tengok bila kat dalam ada yang bawak masuk bekalan nasi bungkus lagi aiks mana dapat? cam picnic laks hehe. Bila pertama kali menjejakkan kaki ke USS nie tetiba terasa lak cam Neil Armstrong 1st time pijak kaki ke bulan, Oopps nasib baik this time my wife tak nampak I tersengih sengih :p
Wow! macam masuk ke dunia lain pulak bila ke USS nie. Terasa muda rumaja laks :) Tips - pastikan korang plan apa aktiviti yang korang nak try dulu contoh kalau nak ke taman tema Transformer tengok dalam map lokasinya dan cepat2 terus ke sana, bukan apa takut "Q"nya panjang... So kita orang pun dah set nak ke sana tapi otw tu terjumpa pulak tempat buat film "Lights, Camera.. Action" pasal huricane hmm singah dululah kot...lagi pun takkan lari Bumble bee di kejar :)
Ooo macam tu rupanya cara mereka adakan speacial effects. Ok jom kita pergi ke Transformer the ride pula...berbeza dengan setting pembuatan film di atas, Transformer nie nanti lepas kita beratur dan lihat pelbagai artifak dan juga preview video (seolah olah kita sebahagian dalam movie) kita akan menaiki kenderaan khas ala ala naik roller coaster macam anak bongsu I si Syazwann cakap - Super cool!
Tapi AWAS - ride nie boleh membuatkan korang terasa pening lalat sikit lepas naik. Kalau yang ada hypertension tu jangan lupa makan ubat!
Memang marvelous - rugi sapa tak cuba. Lepas tu kita orang singgah sebentar ke tema the Mummy pulak. Tapi memandangkan tiada sebarang jenis rakaman boleh di buat so tak dapatlah nak kogsi gambar dengan korang. Nota: Semua bag, camera dll terpaksa di simpan dalam locker khas (kena sewa). Ehh baru teringat hanya ada satu je gambar yang sempat di ambil....
Jadilah buat kenangan hehehe. ok jom ke tempat lain pulak, kali ini ke Waterworld. Haa korang dah tengok movie dia kan..so setting ni sejibik cam dalam movie cuma yang nie lebih ketengahkan aksi2 dan letup meletup. Tips: Set dia dalam mini stadium dan ada kolam air kat tengah..hmm korang pernah pergi Zoo tengok persembahan sea lionkan? haa camtulah. Ok pastikan sebelom korang pilih tempat duduk tengok dulu apa yg di tulis di atasnya ada kaler biru dan hijau..kalau tak silap yang kaler biru tu sapa yang duduk situ akan basah kuyup bila jet ski terhempas ke air. Tu yg trill tu yer dak :)
Next kita orang ke "Far far away" & "Madagascar". teringin nak nonton 4D cerita Shrek. Kalau 3D tu taulau nie 4D hmm nie yang musykil 8 saat nie. Oooo rupanya 4D tu kita dapat rasa...rasa apa? contoh kerusi kita duduk tu akan bergerak terhenjut henjut sama kalau dalam filem dia naik kereta kuda. Satu lagi kalau dalam difilem tu dia kena simbah air.... so korang taulah nasib korang kan hehehe. Bab madagascar nie lebih khusus kepada budak2lah. Kita naik boat ride masuk dalam kapal, pusing2 dalam tu dan lihat character si Alex dan rakan2nya close up & personal.
Ehh korang sure tertanyakan tak kan kita orang tak pergi Jurasic Park? actually lepas je ke Mummy kami singgah dulu ke sana tapi by the time dah ramai Q nya je dah 30 minit so kita orang pi lunch dulu. Then bila tengok balik Q dah 45 minit aduhai tensennya. So lepas kita orang pergi ke Far Far Away & Madagascar baru singgah ke sana nak tau berapa Q nya? 1:15 minit! Itu yang mereka announce by the time our turn naik boat ride (yes another boat ride) our actual time menunggu 2:30 minit. Morale of the story korang tau sendirilah kan :(
Tips naik ride Jurassic park yang paling penting korang kena standby dan beli dispossable baju hujan! no worries ada di jual kat entrance atau melalui kios masa tengah Q tu harganya $2. Kenapa kena beli? kalau tak nak beli pun takper tapi GERENTI sure lencun punya!
Lupa nak cakap USS ni tutup jam 7 malam so kalau ikutkan memang tak puas datang sehari so kalau nak repeat datang sorang $65 - $75 tapi berbaloi yang penting kalau plan nak habiskan dalam masa sehari rancang aktiviti anda. Terlalu banyak tempat2 menarik nak lawat, bergambar, naik ride & shopping ole ole. Rasanya mau 500++ gambar korang akan snap kat dalan sana so pastikan bateri camera dan memory kad anda mencukupi hehe.
Harap2 our very own Lego Land boleh challenge USS nielah...Tapi for sure their propose rate untuk entrance sorang ke lego land tu tak munasabah langsung - RM250per entry for early bird!!!
Ok guys nantikan my next blog aktiviti kita orang ke Pulau Sentosa pulak ye...