Saturday, October 12, 2013

Food Reviews: Nandos Bukan Sekadar Ayam si Peri Peri

Satu hari tu tetiba anak perempuan ku bertanya, "Papa, nanti birthday Elynn kita makan kat Nandos nak tak?" uiks.... baru ku teringat yang besdaynya tak lama lagi. "Boleh, no hal.. TAPI Elynnlah blanja, ok?" aku cuba mengetest .. " No problem... tapi papa BAYAR!" adoi back fire laks hahaha...

So malam tadi bersempena hari jadinya yang ke 15... kami anak beranak buat kunjungan hormat ke Nandos @ Paradigm Mall. Memandangkan kami the boyz memang blom pernah try pekena ayam Peri Peri ni so kita orang terlebih excited pulak errr ke aku sorang jer kot yang ngidam - ahaks.

Lokasi Paradigm Mall dipilih sebab jaraknya dekat dengan rumah kami ala2 sekangkang dinasor jer... since tempat tu dekat kami bertolak jam 8 malam. Memang dah budget paling tidak jam 8:30pm dah sampai depan restoran... tapikan very the unsangkarable... sampai jer kat situ nampak cam dah full house .. alamak berapa lama pulak nak nunggu ni? Sblom meja kita orang siap aku pun sempatlah click click dan survey the surrounding...

Setting kedai ni memang kelas

"Abang ambik gambar ni nak upload dalam FB ker?" tetiba waitress tu tanya kat aku. Terkezut gaklah aku kerana di panggil abang hehehe "Err meja kami dah ready ker?" cepat2 aku tukar topik "Yes, sila ikut saya.."
Yabedabedu... perut memang dah berbunyi ni. Kami di bawa oleh waitress tadi ke belakang restoran, uiks pelik benar design kat tempat ni cam nak dibawa ke area dapur pulak. Oooo rupanya seat untuk memuatkan 5 - 6 orang memang lokasinya kat area belakang sekali. Kami pun no hal janji pot ni nampak privacy sikit. Sambil2 tu kita orang pun ushalah menu apa yang menarik untuk dibuat pilihan.

Pilihan makanan yang pelbagai

Rambang mata di buatnya, nak pilih yang mana satu pun tak tau hehe... yang pasti ada 4 pilihan cara masakan atau pun lebih tepat tahap kepedasan melalui "Periometer" seperti di bawah dengan slogan " Choose your HEAT before you EAT" ececece....

1) Lemon & Herb Peri Peri
2) Mild Peri Peri
3) Hot Peri Peri
4) Extra Hot Peri Peri

Kalau ada sesiapa yang teror boleh try pilih yang no 4! ... Tapi yang ada gastrik cam aku ni kira sendiri mau ingatlah ... pilih no 1 or 2 jerlah ye :)

Lepas kita orang mengorder kita orang sessi bergambar lagilah....



Ehh iklan kejap.. korang tau tak apa makna Peri-peri? bukan pari-pari yang cerita dongeng tu ye hehe

Menurut Abg G (google) Peri Peri ni adalah merupakan spesis cili yang juga dikenali sebagai African Bird's Eye atau African Devil. uiks cam ganas lak kan.... tu yang pedas tak ingat tu! Ianya juga di sebut sebagai "Pili-pili" dalam bahasa Swahili atau bermaksud "Pepper-pepper". Spesis cili ni hidup subur di tanah benua Africa.

Ehh apa kena mengena dengan Negara Africa pulak?

Sebab restoran Nandos ni mula bertapak di Afrika Selatan dan bertemakan Portugis. Apa kena mengena pulak dengan Portugis pulak ni? Kalau nak tau pengasas restoran ini adalah berbangsa campuran Portugis - Mozambican dan nama salah seoarang pengasasnya ialah Fernando Duarte dan rakan kongsinya Robert Brozin. Nama Nandos di ambil sempena nama anak lelaki Duarte iaitu Nandie.




"Papa, bila makanan nak sampai ni?" tetiba anak bongsuku bersuara. Laislabonita dah 30 minit tak sampai lagi ker??? Nandos ni bukan ker kategori fast food? Laa rupanya "casual dining" Ooo patutlah tapi kalau yer pun takkan lama sangat servicenya yer tak? 

Anyway.. setelah 40 minit menu pertama sampai tapi masalahnya bukan datang serentak! ada gap between 5 - 10 minutes dari menu 2 sampai ke 5 - hmm memang potong stim btol :(

Satu lagi nak sentuh kalau korang tengok menu no 3 di bawah (ayam + spinach) tu potion ayam dia punyalah cinoni. Aku rasa lagi besar size hand phone IPhone 5. 

"Maybe drumstick dari ayam kampung kot" bini ku mencelah. Hmm "wa pucitau" ...


Chicken strips & rice RM 9.90


1/4 Chicken (Mild) + 2 side dishes RM 17.90

1/4 Chicken (Xtra Hot) + 1 fino dish RM 17.90

Chicken breast fillet burger (mild) RM 17.90

1/4 chicken (Xtra Hot) + rice & chips RM 17.90

Kalau korang rasa pedasnya masih tak "kick" korang boleh letak 3 jenis sos, Garlic Peri Peri, Hot Peri Peri & Extra Hot Peri Peri .... kalau tak terbakar lidah korang lepas tu tak tau lah :p

pilih jangan tak pilih

Apa yang menarik kat sini beberapa pilihan air dibenarkan free refills atau pun "bottomless" (contohnya air  Ice lemon tea harga RM5.90). Gerenti kembung punyalah. Ooh ye bagi pengemar "sky juices" sorry kat sini tarak yer, yang ada air mineral - RM 3.50 (500 ml)

Fresh orange RM 7.90 & Ice Lemon Tea


My verdict...

Ambiance - 3/5 markah

Memang tak di nafikan decor restoran ni memang menarik ala ala koboi pun ada ala ala dalam "reban ayam" pun ada hehe maybe tema mereka camtu kot. Kebersihan & hygiene memang aku puji tip top. Cuma satu yang ralat sikit tempat ni agak sempit. Maybe disebabkan layout dan design di cawangan Paradigm Mall ni limited space kot?

Service - 1/5 markah

Layanan no problem tapi turn around serving time tu mereka kena improvelah sangat-sangat.

Taste - 2/5 markah

So so jer. Kalau korang peminat makanan yang pedas2 memang ni pot yang sesuai tapi kalau korang ni jenis
nak compare dengan KFC atau Kenny Rogers memang jauh perbezaannya. Some how the taste here a bit dry.

Value for money (price) - 2/5 markah

Boleh dikategorikan agak mahal. Lebih kurang RM 25 - RM30 per pax. Alahai nama pun "casual din
ing"kan so you pay for the environment. 

Overall 

Secara peribadi aku hanya mampu bagi rating sekadar 2/5 jer. Sebab by the time aku sampai rumah aku dah lapar balik....

To my beloved daughter ......




Bom Proveito!!! 

No comments:

Post a Comment