Sunday, January 27, 2013

Tips: E-Cigarette - Best Friend si Perokok Tegar !!!

'Papa... Asap rokok masuk rumahlah!" tetiba anak sulungku menegur. "Aiks, tingkapkan dah tutuplah, takkan masuk asap gak?" ujarku pula. Isk isk, payahnya menjadi "endangered species ni!". Nak isap rokok pun payah....

Kempen "Tak Nak" yang di war-warkan oleh kerajaan nampaknya sedikit sebanyak membuahkan hasilnya atau mungkinkah aku sorang jer yang makan "cili" dan terasa?

Korang yang perokok tegar nie pernah hadapi senario camtu tak?  Anyway memang banyak keburukkan dari yang baik habit menghisap rokok ni yer tak... TAPI bukan senang nak membuangnya.. kena ada kekuatan "iman" & mental !!! Err bab ni aku surrenderlah hehehe

Ok kat sini aku nak citer sikit satu "alternative" bagi korang untuk cuba2 berhenti rokok atau tukar sikit tabiat seharian korang... Ehh camner tu?

Pernah dengar - E- Cigarette atau pasal E-rokok? benda ni dah start femes 3 tahun dulu lagi... tapi time tu mahal beb! mau terbang RM300 - RM 500. Masalah rokok ni bateri dia cepat sangat kaput... asyik nak kena charge jer. walaupun bentunya sejibik cam rokok ori tapi takder "feel" :) Cuba korang usha gambar kat bawah masa dia mula2 keluar dulu.





Hari ni di pasaran dah ada pelbagai jenis & design. Harganya pun jauh lebih murah... kalau beli yang China marilah... Korang tentu pernah lihat orang isap benda yang berbentuk macam "pen" or yang canggih sikit macam "tabung" sebesar lengan budak hehehe...


 
 
Model yang aku beli baru2 ni ialah jenis "ego - W" comel lote jer bentunya macam pen yang boleh letak dalam poket. Starter kit ni harganya ialah RM120 lengkap dengan 2 unit (pen / e-cigarette), usb charger, adapter dan 1 e-liquid (perasa Marlborro). Kira oklah untuk first timer....

Sebatang E-rokok ni terbahagi kepada 2 komponen.

1) Clearomizer atau pun dipanggil - tank / tabung (untuk letak e-liquid)

bateri
2) Bateri


clearomizer













Clearomizer

Clearomizer ni ada pelbagai jenis dan size. Macam yang aku punya kat atas tu kalau korang tengok kaler biru ialah jenis pakai buang & yang kaler merah tu boleh di cuci dan boleh guna semula. Ehh bila aku kata pakai buang tu bukan sekali pakai terus buang tau dia boleh guna berkali kali. Tapi yerlah kalau kerap sangat guna dan tukar2 e-liquid benda tu akan kotor dan "sumbu" kat dalam tu akan rosak. Aku guna boleh tahan dalam 2 minggu - harga RM10 jer. yang jenis boleh cuci tu mahal sikit dalam RM18 so korang hanya perlu basuh dan tukar sumbunya bila perlu. Sumbu kat dalam tu boleh tahan dalam sebulan kalau korang pandai jaga dan maintain. Nak tukar sumbu harga RM 5.

Tips: Pastikan sumbu kat dalam tu sentiasa kena atau basah dengan e-liquid. kalau tidak korang boleh rasa bau hangit dan ini akan menyebabkan jangka hayat sumbu korang cepat rosak. Yang tensenya rasa hangit ni akan effect dengan perisa e-liquid korang ala ala payau & pahit gitu - uwek!.Kalau korang pakai yang jenis pakai buang korang akan tau bila tetiba rasa vapournya (asap) dah kurang, atau bila korang try sedut rasa payah or ketat dan ada pulak keluar bunyi "whizzing sound" tanda2 dah time masuk tong sampahlah tu - ahaks.

Bateri

Kalau beli starter kit di atas ianya datang dengan bateri berkuasa 650 mah kalau pest time pakai full charge boleh bertahan dalam sehari atau lebih kurang secara purata dalam 4 - 6 jam. Since korang dah ada 2 bateri ( 2 set pen) jadi bolehlah ada standby. Kalau nak beli bateri extra pun boleh yang jenis 1000++ mah boleh tahan dalam 8 - 10 jam. Harga dalam RM 40 - RM 50 sblom tawar menawar :)

Q & A

Hisap rokok ni boleh berhenti rokok ke?

Soalan cepumas di atas hanya korang sendiri yang boleh menjawabnya. Tepuk dada tanya selera. Senang citer, cam aku ni baru berjinak2 dengan benda ni tapi alhamdullillah dah 3 minggu tak beli rokok "Ori" !!!

Apa kelebihannya berbanding rokok Ori?

Macam nilah .... kalau korang berniat nak berhenti rokok secara semulajadi boleh try e-rokok ni. Memang tak di nafikan rokok Ori lebih "kick".... tapi anggap ini sebagai supliment supaya lama kelamaan mudah mudahan korang boleh berhenti secara TOTAL.

Yang bestnya e-rokok ni tiada bau! Opps maksuk aku bau yang kurang "enaklah" yang melekat kat badan or baju korang. Senang citer bila korang lepas masuk kedai mamak then makan roti canai lepas tu baunya melekat kat korang. So.. e-rokok ni berbau apa laks? Bau yang e-rokok ni ada hanya bau-bauan buah-buahan or bergantung kepada perisa apa yang korang beli hehehe. Nak explain perisa yang ada pun payah sebab dia ada lebih dari 88 jenis perasa! Pergh...korang boleh jadi ahli kimia tak bertauliah untuk mencuba campur adukkan perasa tersebut - tu yang trill tu yer tak. Ehh lupa laks perasa tu di beri nama saitifik - e-liquid. Nanti aku explain lebih lanjut kat bawah.

Kelebihan kedua pastinya ianya tiada abuk rokok,,, jeng jeng jeng tak payah korang susah payah nak cari "ash ray" lagi bila korang pot kat kedai makan. Aku gerenti Mamak kedai makan tu heppi korang tak kotor kan kedainya keh keh keh.

Ada asap tak? uish mustilah ada... tapi asapnya hanya sekadar "vapour" atau pun wap air. So kalau lepas ni korang nak isap e-rokok ni at dalam opis ker, dalam keter ber aircond ker dalam rumah ker - no hal punya. Cuma tengok2lah sikit pastikan keter sendirilah jangan dalam teksi pulak kang free-free kena turun jalan kaki :p

Kelebihan yang paling penting ialah kosnya. Walaupun korang kena invest sikit nak beli starter kit ni tapi bila korang campur kali dan bahagi for long run memang safe. Jom kita kira2 bodoh kat bawah..

Starter kit e-rokok - RM 120
Rokok Ori Dunhill 20 batang - RM 10.20

So kalau korang jenis yang isap sekotak sehari so kalau korang beli e-rokok dalam 12 hari korang dah boleh cover balik modal yer tak. Lepas tu korang top up untuk beli e-liquid jer .. ala dalam RM10 sebotol yang boleh tahan seminggu (bergantung cara penggunaan). Safe tak?

E-Liquid tu apa?

Ianya adalah perasa pelbagai bagi menggantikan kemaruk korang kepada rokok Ori. Alah macam "Shisha" gaklah hehehe. Macam aku story kat atas ada lebih dari 88 jeniskan, pepandailah korang explore yer... macam2 perasa ada tau.. nak rasa Dunhill, Gudang garam, Mangga, Strawberry, Kopi, Coke ... semua ada.. best kan!

My koleksi

E- Liquid ni ada 3 jenis jualan di pasaran. Yang mahal dari US - RM25 sebotol, Hong Kong - RM 18 & local RM10. Perasa feveret aku ialah Strawberry & coke fuyoo layan habis beb! kena pulak korang letak sikit perasa "mint" - sejuuuuk jer tekak hehehe

Seperkara lagi e-liquid ni ada mengandungi Nikotin di mana untuk menghilangkan rasa ketagih korang kepada rokok Ori. Tapi yang penting ianya tiada mengandungi TAR iaitu punca yang mengandungi 4000 lebih bahan kimia merbahaya dalam asap rokok!

Apa kandungan E-Liquid ni? Kat bawah ni aku celok dari salah satu laman  blogger kalau nak usha blog dia boleh klik kat sini

"When you puff on your e cigarette and inhale this smoke-like vapor into your lungs, it’s completely natural to be concerned about the ingredients in your e-liquid. We understand your concern and will happily disclose the ingredients in the e liquid.

The major ingredients are:

 Propylene glycol
Glycerin (aka glycerol)
Water
 

The minor ingredients are:

 Ethyl maltol – Organic compound that serves as a flavorant
Natural & artificial flavorings – Depends on flavor of e liquid


It’s  an incredibly simple recipe and doesn’t take a whole lot to create vapor. The complete number of ingredients in e liquid average at just 10 items. Even better is the fact that the vapor isn’t loaded with the 4,000+ chemicals found in tobacco smoke."


Err kalau tak paham maksud perkataan "bombastik" kat atas try trylah tanya abang G (Google) yer.

Maklumat Penting:

Sebelum terlupa... nukilan di atas ialah khusus untuk yang nak berjinak2 untuk "cuba" berhenti merokok sahaja. Tapi no gerentilah yer & gunakan ia atas tanggung jawab sendiri tau... anyway tak salah nak mencubanya yer tak.

Satu lagi yang penting... bagi yang bukan kaki rokok tu jangan pulak korang beli e-rokok ni dan pepandai cuba2 nak start rokok pulak!!! Kena rotan kang hehehe. kalau korang bukan kaki rokok tu elok jangan startlah yer.. cam aku cakap bukan senang nak jadi "Endangered Species ni"!!!

Gud Luck....



2 comments:

  1. reuleaux rx gen 3 kit is a really good choice for advanced vapers - not just an ecig, but as well a dry leaf and vax vaporixer. This e-cigarette works like a beast - so much vapor and such a long battery life. This is a bit more advanced technology - they are using mini-tanks and you can see how much liquid is there left in the cart. On the battery you can see how much power it has left. Vapor amount of smok tfv8 x-baby coils is amazing, flavors are great. Price is a bit high though.

    ReplyDelete
  2. Sebagai situs informasi terlengkap BETGRATIS selalu menjamin untuk memberikan berbagai informasi terbaik dan terlengkap di indonesia mulai dari info freebet freechip slot terbaru hingga link alternatif situs game slot online BIGSTAR77

    ReplyDelete