Showing posts with label USS (Singapore) Day 1 - The Journey. Show all posts
Showing posts with label USS (Singapore) Day 1 - The Journey. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Kenangan di USS (Singapore) - Day 1 - The Journey

Rasanya macam baru semalam sahaja kami sekeluarga ke Universal Studios Singapore (USS), tapi rupanya dalam pejam celik pejam celik dah 2 bulan kenangan manis itu berlalu.  Pengalaman kali pertama menaiki kapal terbang buat anak bongsu ku - Syazwann, amat mengujakan dia. Apa yang lebih menarik hari tersebut adalah merupakan hari jadinya yang ke 8 dan krew penerbangan telah membuat surprise dengan menyanyikan lagu happy birthday kepadanya. Wah! Terima kasih Airasia - tertouch kami  dibuatnya. Penerbangan AK 702 di pagi Ahad tanggal 5/2 itu terus membelah awan biru menuju ke Pulau Singa. Bagi kami yang dewasa ini pun apa kurangnya, rasanya sudah lebih 10 tahun kami tidak menjejakkan kaki ke negara yang dulunya di gelar Temasik ini. Excited sokmo dibuatnya.

Tepat jam 11 pagi tibalah pesawat kami ke lapangan terbang Changi. Cuaca sungguh baik hari itu. Kami lima beranak tidak melengahkan masa untuk cepat2 segera ke bahagian imgressen. Oooh ye, kepada yang kaki  merokok tu harus di ingat untuk memastikan yang anda tidak membawa sebarang kotak rokok yang di bawa dari Malaysia kerana jika tertangkap anda akan dikenakan denda dan terpaksa membayak cukai!. Ada yang menasihatkan nak bawa 1 kotak rokok boleh tapi pastikan ianya terbuka dan hanya ada 19 batang sahaja di dalamnya. Hmm tapi buat apa nak ambik risiko yer tak, dari di denda SIN $300 baiklah beli rokok kat sana walau pun sekotak $10 - payah btol jadi "endangered species" nie kan  :)

Selepas selesai urusan di imigresen kami bergegas ke MRT di terminal 3 untuk ke Pulau Sentosa di mana kami akan menetap selama 4 hari 3 malam. Plan kami untuk menggunakan sepenuhnya khidmat MRT dari airport sampailah ke hotel. Masing-masing menggalas beg dan membawa luggage. Sekali lihat macam back packers pun ada hehe. Kesian pulak bila tengok budak2 termengah mengah nak ngakut beg2 tersebut turun naik MRT. Aisey Man, ingatkan dekat jer rupanya kena transit 2 station sebelum sampai ke hentian Sentosa. Hampir 2 jam jugak masa di ambil naik turun MRT rasa cam nak tercabut kepala lutut tapi sebab happy punya pasal dan dah terbayang macam tangan bell boy kat Hard Rock Hotel dok lambai2 kat kita orang so rasa penat tu segera hilang hehehe.


Kesian Amri penat ye

Fuyooo.... memang tak di nafikan nampak je kelibat Pulau Sentosa atau lebih tepat lagi bayangang Universal Studios jelas kelihatan ketika menaiki monorel , hilang terus rasa penat timbul pulak rasa kagum. Pergh! memang cukup hebat! terbayang dah T-Rex dok mengejar mangsa dan si Julien - monyet character Madagascar dok nyanyi lagu "U got to move it move it" bestnyaa ..OOi! apa yang sengih sorang sorang tu? Opps tetiba jer bini aku lak tegur hehe.


Akhirnya sampai jugak

Macam mana agaknya rupa hotel Hard Rock nie? adakah ianya sama macam Hard Rock Cafe kat Key El? nak tau cuba check gambar kat bawah...



Hotel nie memang 1st class...yang paling best swiming poolnya siap ada pasir cam kat tepi pantai & nasib baiklah kita orang sewa 2 bilik bersebelahan adalah privacy sikit. Memandangkan budak2 semua satu bilik - cam tongkang pecah di buatnya. Dah rehat lebih kurang kita orang pun start nak ronda2 sekitar hotal. Yang paling penting nak cari tempat nak "Soruu". Alamak punyalah payah nak cari tempat yang halal! yang ada cuma fast food.  Yang tu kat Ma;aysia pun ada ye tak isk isk ... nasib baiklah kita orang dah datang prepare siap bawak ole ole dari Malaysia lagi....apa dia? jeng jeng jeng...


Dont leave home without it!

Sesudah mengalas perut kita orang start ronda balik nak survey pot2 menarik yang lain. Sampai ke malam jugaklah di buatnya ... yang herannya sampai candy pun mereka hias atas pokok... Gilo apo. Nasib baiklah sample jer.



Malam itu kita orang plan nak tidur awal, yerlah esok pagi2 nak terjah USS pulak. Dalam dok baru nak di ulit mimpi tetiba bini aku sound aku lagi. "Tidur pun tersengih jugak ke?" - aduhai keh keh keh

Bersambung ke Day 2 - The Adventure