Pejam celik pejam celik, hari ini dah masuk 3 Syawal. Wah cepat betul masa berlalukan. Macam mana sambutan raya anda semua? Alhamdullilah bagi kami, Raya kali ini cukup meriah...walau pun kenkadang hujan sebelah petang... tapi no hal.. Raya tetap Raya yer tak :)
Aktiviviti wajib di ambang Raya
Tahun ni segala aktiviti wajib kami serahkan kepada anak2 untuk menghandlenya. Perghhh payoh benor nak kerah sensorang kena dua tiga kali gak kena warning. Kalau kat padang bola tu sure dah kena Red Card - Buang padang!! So last last kena guna tektik lama -Tak nak tolong - NO DUIT RAYA! hehehe menjadi gak
Dari membersihkan kipas sampailah ke susun kuih dan duit raya semua setle. Aiks mak dan bapak buat apa laks? biasalah maknya - memasak dan bapaknya ??? cuba check kat bawah..
Amacam ok tak? kira 2 in 1 lah.. mood Raya + Merdeka. Cuma yang ralatnya tahun ni takder aktiviti main bunga api. Hmm bukan apa cuma no demand dari anak2 ku. Heran bin ajaib btol.
Di pagi 1 Syawal - Bermaaf-maafan 1 Keluarga
Family photos
Family Reunion
Pagi2 lagi suara takbir Hari Raya bergema di masjid2, syahdu sungguh rasanya. Rumah pertama yang kita orang pot tentunya di rumah bonda tercinta. Dapat merasa "air tangan" untuk "breakfast" pagi tu hehehe. Kali ini lebih meriah kerana adik beradik yang lain pun ada. Bayangkanlah bila anak2 ku dah jumpa dengan sepupu sepapat mereka riuh rendah jadinya....rumah pulak dah macam tongkang pecah.... aduhai fenin nenek mereka :)
Jenjalan & Ziarah Raya
Selalunya Hari Raya Pertama & Kedua kita orang akan pulun jenjalan. Dari Kampung Pandan sampailah ke Klang rumah sedara mara yang kita orang serbu hehehe. Yang seronok tentulah anak2, salam je dapat "angpow" aisey BESTnya jadi budak2 ni kan :)
Kali ini hari raya ke 3 - kita orang pot kat rumah je... letih gak dok melayan rendang je, mana perut nak tahan. Pagi2 kami ke pasar Sg Way, plan nak ubah menu.. tak boleh jadi ni nak pekena nasi gak! Dapat sambal belacan pun jadilah hehehe. Kena pulak kalau ada ikan masin perghh power! "EYLOO, tak sedar ke awak tu ada BP!" alamak tetiba bini ku tegur ... Ok ok cancel - kita tukar telur asin je... keh keh keh - jadilah!
Menu Raya ke - 3
Memang marvelous...siap bertambah tu! Anyway di harap anda semua juga bergumbira di hari lebaran ini. Kepada yang mengambil cuti panjang, bestlah... kepada yang esok dah start kerja... Selamat bertugas!
Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts
Wednesday, August 22, 2012
Sunday, August 19, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)