Showing posts with label Mayor. Show all posts
Showing posts with label Mayor. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Foursquare Vs Facebook Places

Korang pernah guna application foursqare ni tak? Kalau anak bongsu aku dia panggil "segi empat" hehe. Kalau korang blom pernah dengar atau pun dah sedang guna mau pun baru nak berjinak jinak nak try.. ok aku citer sikit ye..

Foursquare ni adalah application percuma yang boleh di download kepada smartphone, tablet mau pun lap top. So kalau korang familiar dengan FB "places" atau sekarang dalam mobile di panggil "check in" so lebih kurang samalah.. korang boleh check in dan share lokasi korang kat kawan2. Ramai yang bertanya kat aku apa beza Foursquare nie compare yang ada kat FB? Frankly tak banyak dua2 sama yang fungsinya lebih kepada "check in" sahaja tapi yang bestnya perbezaan yang paling ketara kalau guna Foursqaure ialah  korang boleh dapat voucer discount atau minum FREE kat mana2 vendor Foursquare di tempat korang. Hmm macam mana tu? OOpps sabar ye.. kang aku story :)

Mula2 aku bagi ilustrasi sikit kepada yang 1st timer...

Apa2 hal pun di saran korang download dulu aplikasi ni & register id korang baru senang baca tutorial kat bawah :)

Search

First sekali bila korang dah log in, korang klik pada "check in" kat sini Foursquare akan search lokasi korang dan tempat2 yang sememang sedia ada dalam database Foursquare (FQ) ni. Contoh boleh lihat diagram di bawah. Ok, kalau korang nak tau ada satu perbezaan FQ ni dengan FB mobile. Yang ketara ialah versi baru FB mobile memerlukan smartphone korang dilengkapi GPS! jika tarak... sorrylah nak check in places lagi. TAPI - FQ tarak hal... ada GPS ok (lagi tepat) kalau takder ia menggunakan Telco cell tower yang berdekatan korang cuma tak 100% tepatlah radiusnya antara 20 meter - 500 meter. Janji boleh check in yer tak. So andai kata lokasi yang korang cari takder dalam data FQ so korang bolehlah create yang baru.. kacang je kan.

[caption id="attachment_337" align="alignnone" width="300"] Search[/caption]

Check in

Katalah korang dah jumpa lokasi idaman nak check in - contoh kat bawah aku check in kat rumah aku so korang klik je kat "check in here". Ok sebelum tu jika katalah lokasi tu restoran.. korang boleh ambik photo dan save kat database FQ atau link ke FB korang... Satu lagi korang juga boleh letak tips.. contoh makanan kat situ sedap atau layanan tak bagus .. apa2 jerlah so bila next person search mereka boleh baca tips korang... Best kan.

[caption id="attachment_338" align="alignnone" width="300"] check in[/caption]

Foot Note

Korang juga boleh tinggal kan nota kat "check in" korang macam aku letak kat bawah :)

[caption id="attachment_339" align="alignnone" width="300"] Foot Note[/caption]

Linkage

Then korang ada 3 pilihan untuk hebahkan aktiviti check in korang kepada "my friends" iaitu rakan dalam FQ anda, Send to FB atau Send ke BBM - nak klik semua pun no hal.

[caption id="attachment_340" align="alignnone" width="300"] Linkage[/caption]

Mayor

Sebenarnya apa yang menjadi daya tarikan FQ ni ialah kita akan berlumba lumba untuk mendapatkan status Mayor. Pebender tu? hmm anggap jerlah Mayor tu kiranya korang sebagai tuan rumah atau host "pot" tersebut. dalam erti kata lain lagi kerap korang check in kat sesuatu tempat tu lama kelamaan korang boleh take over existing Mayor hehe. Tapi jangan main tipulah satu hari satu check in kat satu lokasi jer tau! Satu lagi bila korang dah jadi Mayor jangan terlalu senang hati.... kang silap2 ada orang lain yang rampas keMayoran korang hehe. Tu yang trill tu kan. Setiap check in akan diberi markah so markah aku kat bawah tu ialah 624 so kira ranking aku no 1 lah di antara rakan2 FQ aku (jangan jeles ye). Oops sebelum aku lupa, markah nie akan di reset setiap 7 hari (seminggu). So lepas 7 hari markah korang akan menurun silap2 kalau korang tak aktif boleh jadi "telur" lah... buang karen je ke ke ke

[caption id="attachment_341" align="alignnone" width="300"] Mayor[/caption]

You Just Stole the Mayorship!

Ni contoh aku baru buat rampasan kuasa kat Mayor lama di Paradigm Mall PJ hehe... cuba perhatikan markah tu.. so lagi banyak lokasi korang check in dan tempat tu korang jadi Mayor korang dapat extra point. Tu yang aku dapat 624 point kat atas tu.

[caption id="attachment_342" align="alignnone" width="300"] Mayor take over[/caption]

Badges

Seperkara lagi yang menarik dalam FQ nie mereka menyediakan "badges". Nak dapat badges nie korang kenalah explore.. contohnya kalau korang dapat check in ke 5 buah library yang berbeza korang akan dapat gelaran dan badges "book worm" dan kata kanlah korang suka makan pizza dan korang check in ke 5 lokasi pizza yang berbeza korang akan dapat badges "pizzaiolo" kira korang nie hantu pizzalah hehehe Tapi awas kalau korang masih belajar tetiba korang check in awal pagi contoh jam 3 pagi ke FQ nie akan "sound" korang suruh balik tidur - Esok sekolah! hahaha - cute kan!

[caption id="attachment_343" align="alignnone" width="300"] Badges[/caption]

Freebies!!!

Ok macam mula2 aku citer tadi, sekarang aku akan ajar korang camner nak dapat Free goodies. Ada di kalangan company mereka akan bekerjasama dengan pihak FQ untuk melaris kan jualan atau mempromosikan kedai dan brangan mereka. Ada bsuiness, cafe, kedai butik, jual kaca mata, kedai basuh kereta dan macam2 lagilah. contoh terbaik seperti di bawah. Since aku Mayor dia Las Vacas Kelana Jaya - anytime je aku nak minum FREE coffee aku pergi je sana tunjukkan hp aku - no question ask! Mayorlah katakan keh keh keh :P

[caption id="attachment_344" align="alignnone" width="300"] Freebies!!![/caption]

Amacam? menarik tak? ok jika berminat klik je logo FQ kat bawah tu dan daftar.... So kita jumpa di FQ yer... boleh sama2 jadi Mayor :)

Gud luck...

[caption id="attachment_345" align="alignnone" width="300"] Sign UP[/caption]