Showing posts with label Jom Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jom Jalan-jalan. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Family Retreat: Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor

Salah satu lokasi favourite kami sekeluarga untuk ber"retreat" ialah ke Sungai Congkak di Ulu Langat Selangor. Paling tepat di Taman Rekreasi Sungai Congkak. Setiap tahun lokasi ni dikira wajib bagi kami.



Eh jauh ke tempat ni? Jaraknya dari Kelana Jaya ke Sana ialah lebih kurang 45km atau pun sejam perjalanan. Hmm boleh tahan kan? Dun worry jauh tapi berbaloi beb.

Kalau korang dari Pee Jay cari jalan menghala le lebuh raya Cheras Kajang. Lepas sahaja di lokasi tol pertama korang belok kiri terus exit di interchange pertama (Taman Suntex) . Di situ lebih kurang 2.9km korang akan sampai ke trafik light ada simpang 3 (depan balai polis batu 9 Cheras). Belok kiri masuk Jalan Hulu Langat (B25). Kat situ perjalanan tinggal 14km lagi ke simpang masuk ke tapak lokasi. Tekan trip meter kat keter korang :)

Ooh ye, di sarankan korang bertolak awal pagi sebab kalau lambat takut ramai orang dan "pot" menarik sure kena sapu. Kalau korang nak breakfast aku cadangkan korang singgah ke gerai Nasi lemak Kukus Ayam Goreng Halia - lokasinya di sebelah kiri jalan bila korang masuk jalan Hulu Langat tadi, Cuba cari tengok banner seperti di bawah ianya berada di selekoh so slow2 sikit bila korang nampak selekoh ye.


Cari Signage nie
Menyelerakan...












kena datang awal takut Q panjang
By 8:30am makanan habis!

 












Lepas mengalas perut elok kita orang pun bergegas ke tujuan asal. Ok kat sini a bit tricky sebab sempang nak ke lokasi agak payah nak terangkan. Jika korang check trip meter lebih kurang dah nak sampak dalam 12km - 13km korang cari sign board - Nur Lembah Pangsun lepas korang cross jambatan kecil anak sungai Langat. Nampak je signage tu korang masuk lorong kiri, perjalanan ada lebih kurang 2.9km lagi ke dalam. Ikut je jalan tepi sungai sebab pot nie terletak di hujung jalan cari Signboarde besar tulis "Congkak Park & Resort".

Yay! dah pun sampai. Kemasukkan ke taman ini kena bayar tapi taklah mahal RM1 - RM2 untuk dewasa umur 12 tahun ke atas. Kanak2 di bawah umur - FREE. Berbaloi sebab tempat berjaga ada kemudahan bilik air dan surau. Seperti yang di sarankan tadi kena datang awal2 sebab utama nak cari pot menarik & yang ke dua masalah parking kena pulak hujung minggu pergh gerenti full house. Err parking pun kena bayar gak tau dalam RM3, boleh park kat kawasan padang depan entrance. Pastikan korang simpan resit parking tau kang brader jaga tu sure tanya masa nak exit!

Orait apa yang menarik sangat kat sini? Kalau korang nak tau tentulah "Flora & Faunanya" & juga syurga bagi kaki blog ambik gambar. Tak lengkap jika korang datang dari jauh tak bawak khemah & BBQ set! So alang2 datang tu planlah awal2 ye kalau nak ke sini lagi pun sekarang kan musim hujan. Kalau datang salah time kena laks hujan " 1 Cent pun no used lah" keh keh keh.






















Amacam best tak? Ubat mujarab nak tenangkan fikiran dan lari dari sekejap dari kesibukan kota. Sungguh mendamaikan... Ehh apa2 hal kena pasang khemah dululah...























BBQ set pun kenalah standby... kang lepas "cepum-cepum" sure lapar yer tak :)






















Yang seronok tentulah anak2... tak sabar nak transform jadi "dugong" hehehe...

best woo main air
boleh buat sand castle lagi











Tensen je elynn kena buat homework!


Betullah kata orang bila kita seronok2 nie cepat je masa berlalu. Bila dah tengah hari tu cuaca makin panas dan orang pun makin ramai so time untuk kami packing dan beransur pulang. Next time sure kita orang datang lagi!

 
 
Tips kalau nak kesini ikut GPS ialah - 3.212075,101.84342 atau korang boleh google map type je "Sungai Congkak Recreational Forest" Sure jumpa.

Selamat ber"RETREAT"





Wednesday, June 20, 2012

Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Kelah

Bersambung dari citer - Felda Residence Hot Spring, Sungai Kelah

Pagi tu awal2 lagi kami dah bangun. Nyaman sungguh terasa, kicauan burung umpama mengucapkan selamat pagi kepada penghuni Villa. Since kami kena check out jam 12pm so kenalah gerak awal nak melawat ke Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) pulak. Dengar citer banyak aktiviti menarik kat sana takut kalau lambat tak sempat pulak yer tak. Err apa2 hal jam 8am kami dah singgah dulu ke Meranti coffee house. Masalahnya nak ke coffee house nie kenalah naik keter dan back track balik ke lobby hotel tapi perjalanan 10 minit tu no hal bagi kami yang penting "ngap sayot" dulu...

[caption id="attachment_403" align="alignnone" width="300"] Map Felda Residence & TRAP[/caption]

Bagi memudahkan korang mendapatkan gambaran yang jelas cuba usha peta di atas. Pada mulanya kita orang takderlah expect makanannya hebat seperti hotel2 yang lain, yelah nama pun kat FELDA tapi very unsangkareblelah... makanannya nya sedap gak tau. Simple but nice. Maybe kat Felda nie semua makanannya fresh2 kot pikir ku.





Menyelerakan sungguh.... kenalah makan kenyang2 lepas nie nak "cepum-cepum" hehe





Selesai sarapan dalam jam 9am kita orang bercadang park keter kat Villa dan berjalan ke TRAP. Dapatlah excersize sikite yer tak. Entrance ke TRAP nia ada 2, satu melalui main entrance iaitu kat guard house menuju ke Villa dan satu lagi dari Villa sendiri ada direct access ke TRAP. So dari Villa kami tak jauh.. sekangkang orang hutan je :)

Sebelum masuk pihak hotel ada memberi kami tag untuk di pakai. Kalau korang guest kat Felda Residence so FREE entanrance ke TRAP selama penginapan korang kat situ. Kalau tak bayarannya ialah Dewasa - RM 12 / Kanak2 - RM 10 / Kanak2 Bawah 4 tahun Free.



Aktiviti kita orang bila masuk ke TRAP tentulah kolam air panas atau kata orang sini "air belerang" yang di kabarkan mujarab buat mengubat sakit2 kulit.

 





Best wei, kira cam dalam sauna pulak. Kolam ni di buka dari jam 7am - 11pm, so kalau korang nie geng dugung bolehlah berendam lama2 hehe. Tapi di nasihatkan maximum 30 minit je lah...then korang boleh lihat badan korang tukar kaler jadi pink!

Ooh lupa pulak nak bagi tips...kalau korang tak nak terasa panas sangat mula2 korang letak kaki tu terus ke dalam dan dok diam2 jangan kocak2 kan air... so kuranglah rasa kepanasanya. Tapi kalau korang rendam terus satu badan? err yang tu pandai2 korang explorelah ye :)

Lokasi yang tidak kurang menarik ialah pot "Terapi" atau Refleksologi. syok woooo. Rasa sakit ada, panas ada, sedap pun ada cuma hati2lah kalau korang terjatuh pandai2 bangun sendiri ye :)





Ada beberapa kolam yang korang akan tempuhi dan mempunyai tahap kepanasan yang berbeza dari 40C - 100C. Jangan korang bijak pandai terjun yang kat 100C tu tau! yang tu untuk projek lain hehe ... kejap lagi aku story. Ehh lupa pulak. Kat sini juga di sediakan private pool untuk korang sewa so kalau korang tak duduk Villa atau pun datang hanya untuk day trip korang boleh lah sewa.



Kat kolam2 nie korang akan nampak algea (lumut) di mana lumut nilah ubat yang dikatakan elok untuk korang gosok atau sental kat mana2 bahagian yang gatal2 tu.. Ehh nie untuk penyakit gatal je tau, "Perangai" gatal ubat dia bukan yang ni! :p

Ok kita ke lokasi yang seterusnya.

"Icing on the cake" dan daya penarik TRAP nie ialah pot untuk "merebus" telur. Apa yang bestnya? sebab kita tak payah jerang air guna api...camner tu? Jeng jeng jeng..







Kalau korang bercadang nak try tapi tak bawak telur "ayam" sendiri korang boleh beli kat sini tapi RM2.50 untuk 5 bijilah. Sudu dan mangkuk plastik pun ada di jual. Hmm rasanya elok korang bawak dari rumahlah berbaloi sikit. So kita orang plan nak try rebus untuk telur 1/2 masak so kalau ikutkan carta kat atas kena tunggu dalam 3 minit. Aduhai baru perasan sorang pun x pakai jam, hp pun tak bawak.. last2 aku suruh anak2 aku kira 1 sampai 180 - tensen je dia orang hahahaha.





Anyway kejap je kiranya.... lepas dah siap tu bila time nak makan...happi je muka masing2.







Korang taulahkan bila dah dok makan telur nie nun stop....masalah paling besar ialah bila nak keluarkan "gas" hehe so ingat2lah sikit orang sebelah menyebelah ye jangan dok keluarkan angin tak tentu pasal... makin jerebu dibuatnya!



Pot yang tidak kurang menariknya ialah Kolam Air Gunung. Kalau tadi panas je yang nie sejuk gila Brrrrr.. Air nie memang Ori dari gunung berdekatan kalau sekali masuk memang tak ingat dunia punyalah.





Kalau dah namanya taman air kena pulak ada slide.. yang paling enjoy tentunya budak2....bukan dikesahkan sejuk or tak..habis basah camera aku dibuatnya pasal nak snap angle yg menarik hehe.







Rasa sedih pulak bila terpaksa panggil budak2 keluar.. sebab ye lah masa dah suntuk, nak balik villa nak pack lagi. Tapi sblom balik tu nak sejukkan hati budak2 aku blanjalah ice cream....dalam cuaca panas begini sapa yang nak menolak...

 



Pergh - what a spledid weekend to spend "fathers Day". Insyaallah jika ada rezeki memang kita orang plan nak datang balik kali ni tinggal seminggu.. baru berbaloi!

Selamat ber"Retreat"....