Tuesday, May 15, 2012

Restoran Satay Hut (Tanjung Karang)

Korang teringin nak makan satay tak? Bukan calang2 satay tau... nie satay Jumbo! Kalau korang yang tak kuat makan tu elok bawak sekali member atau sedara mara yang boleh tolong habiskan kalau tak sure membazir.... Size dia kira double dari size yang kita pernah makan, so kalau nak order tu jangan ikut selera sangat, yang paling penting cuba jeling2 meja sebelah menyebelah before order then baru "tepuk dada tanya selera". Jom tengok camner rupa satay Jumbo nie...



Amacam? Bagak kan. Rasa satay nie memang marvelous. Daging ayamnya di marinate secukup rasa  dan bila dicecah bersama kuah  sambal kacang dan masuk ke mulut...perghhh! Bini kat sebelah pun boleh buat2 lupa nak  pelawa makan hehe.



kalau nak tau, walaupun restoran nie specialty mereka ialah satay tapi taklah bermakna takder makanan lain. Basicly masakan ala tomyam pun ada. Tapi awas! portion dia besar2 tau..Service mereka memang cepat sekejap je sampai tapi korang kena datang awallah kang lama nunggu nak dapat meja. Ok kalau nak tau berapa harga satay secucuk? cuba check gambar menu kat bawah..



Berbaloikan. Tipsnya kalau selalu korang tapau 30 cucuk kat pasar malam kat sini korang order 10-15 je dulu. Tak cukup? boleh tambah, nohal punya- gerenti senyum akak cashier tu nanti :)



Lokasi:

Lot 74, Jalan Besar 45500 Tanjong Karang, Selangor.

Waktu urusniaga: 4:30pm - 2:00am (dibuka setiap hari kecuali pertengahan bulan)

Ehh elok korang ambik no nie call dulu mereka sebelum pergi, Sofian 017-3930167 / Suhaimi 017-3930168.

* Kemudahan surau ada disediakan.

Ok camner nak ke sana?

Soalan bagus tu. Memandang aku tinggal di Kelana Jaya dan nak ke Tanjung Karang bukannya dekat tapi dok kerana kemaruk satay terpaksa di gagahi jugaklah hehe. So jalan yang paling senang  ialah ikut lebuh raya Guthrie dari Shah Alam menghala ke arah Rawang. Mula2 tol pertama (Bukit Jelutong) then korang terus lagi sampai lepas toll yang ke dua (tak silap Lengong). Lepas tu korang tengok signboard arah K. Selangor / Lumut korang akan masuk highway baru (isk tetiba lupa lak namanya). Sampai last sekali keluar kat Toll Ijok. Ok dari situ genap jaraknya 30Km ke destinasi. Jauh ke? Satay Jumbo bang...rugi tak try hehe. Lepas toll Ijok tu korang ikut arah ke Kuala Selangor. lebih kurang 10KM korang akan sampai Jalan Besar (simpang "T") belok kanan. Kat simpang tu tekan tripmeter kereta korang +- lagi 19.9KM lagi. Jalan je terus korang akan lalu pekan K. Selangor, Bukit Melawati, naik jambatan then sampailah ke singboard Tanjung Karang. Ok korang check tripmeter korang lagi sekali kalau dan nak sampai lagi 1km perhatikan ada stesen minyak Petronas belah kiri dan Esso belah kanan. Depan tu ada lencongan hala ke kiri then ada row of kedai2. Slow2 sikit bila kat situ. Restoran tu belah kanan betul2 time masa korang corner. Opposite dia RHB Bank (belah kiri korang). OOps kat situ no right turn! korang jalan depan sikit ada trafic light, kat sana korang boleh jadi "mafia" buat U turn hehe. Perjalanan dari Kelana Jaya ke sana mengambil masa +- 1 jam 15 minit kalau bawak cuise drivinglah. Dan jugak RM 15 duit toll pergi balik. So kalau dah tau perjalanannya jauh kosongkan perut sebelum pergi ye. Kat sana makan kenyang2 bukan apa takut2 bila dah balik rumah kang lapar balik!

Ok selamat menjamu selera.

1 comment: